24 July, 2010

Isu logo Manchester United & Crocs

Benda kecil pun nak diperbesarkan..padahal takde apa-apa pun.. dulu heboh logo crocs ada kalimah Allah..dan kita semua disuruh boikot..


Sekarang tak boleh pakai jersi Manchester united pulak..sebab ada gambar "devil".



Boikot la sekali kereta ALFA ROMEO..



Oh paling penting jangan suruh masyarakat islam pergi negara-negara ni..sebab bendera dorang pun ada salib..

Australia, Denmark, Dominican Republic, England, Fiji, Finland, Georgia, Greece, Iceland, Jamaica, Malta, Moldova, Montenegro, New Zealand, Portugal, San Marino, Scotland, Serbia, Slovakia, Spain, Sweden, Switzerland ,Tonga, Tuvalu, United Kingdom, Vatican City..

eh tak boleh..nanti tak pasal-pasal pelancong asing tak datang negara kita.. sebab bendera kita ada bulan bintang..

Isu macam ni la buat kita ni sama macam mereka. mereka kata semua muslim pengganas..kita pula kata mereka tu musuh kita. buka hati luaskan fikiran. sekarang zaman globalisasi..semua perkara dah banyak berubah. kalau nak maju kena buka minda..selaraskan fikiran dengan pengedaran masa.

Orang cipta selipar Crocs sebab nak bagi kita selesa, ringan & senang nak pakai kalau ke pantai.. dan paling penting..ramai juga yang pakai Crocs masa menunaikan haji dan umrah sebab senang bila ambil wudhuk..selipar tak basah.

Orang pakai jersi Manchester United sebab sokong..bukan nak mempromosikan syaitan..kalau macam tu..boikot sekali Chelsea..sebab ada pemain Israel dalam tu (Yossi Benayoun)..

Perancis haramkan purdah kita melenting..kali ni mesti Alex Ferguson melenting..

Dah bosan dengan isu-isu macam ni.. kata macam-macam..tapi takde bukti.. mungkin semua tu kebetulan je..kalau ada bukti kukuh..tunjuk. kalau takde..diam..tak payah nak bagi dunia huru-hara..dah cukuplah dengan perang yang dah ada sekarang..isu Israel Palestin pun tak selesai lagi, ni nak tambah lagi gas dalam api..

Jangan jadi stereotype& judgmental. Bukan semua orang Kristian bencikan Islam. Bukan semua orang Israel bencikan Palestin (tengok video di bawah) bukan semua orang Islam bencikan mereka.



Hanya ada 2 jenis orang di dunia ni.. orang baik dan orang jahat. Jadi buka dada tanya selera. Mulakan dengan "aku ni orang baik ke orang jahat?" lepas tu baru la boleh jaga tepi kain orang..

Ps, ini pandangan daripada sudut hati budak yang masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan.


8 comment (s):

ken said...

boycotts here and there =/

[Reply]
TOLANIC said...

Kebetulan aje tu

[Reply]
meck said...

yea thats what im trying to say.. *sigh*

[Reply]
anis said...

meck u still got time to update ur blog tho got lots of works kt firm..tabik u...hehe

[Reply]
meck said...

haha ni post 2 hari lepas..

[Reply]
Anonymous said...

meck..honestly i setuju gler ngn u.i xphm tol..kalo da tau crocs tu xley pakai asal2 jgn bg msuk msia trus..kn senang.da berleluasa penggunaan nye nk stop ape ke mnda..klakr sungguh.n btw i pn trpksa x pkai..huhu

[Reply]
meck said...

i pun dh jd serba slh nk pki crocs.haha.ntah la..narrow minded btol..

[Reply]
Anonymous said...

janganlah hang dok pakai kat masjid ke majlis tilawah al-quran ke.. ni x, cuba hang dok tengok bile solat jumaat je la, bape ramai yg pakai baju jersi man u yg ade setan tu? baju Acmilan yg ade salib tu pun wat pi masuk masjid. Hormat la skit kan. tempat lain nk pakai, ye pakai..
tu bukannye sebab xsuke man u, tp dah hakikat agama islam melarang gambar2 tu bahkan dalam bilik sendiri pun xleh letak poster yg bukan2, lg kan pula rumah allah. Renung2kanlah.

[Reply]
>