17 July, 2011

Ciri-ciri blog kurang digemari.

Aku saja nak meluahkan perasaan aku setiap kali blogwalking. Tak suruh ubah apa-apa pun. Minta maaf kalau ada yang terasa.

1. Background Music

Paling tak suka sebab loading lambat & bila buka tab banyak-banyak masa blogwalking jadi bising. Aku selalu mute kan laptop masa blogwalking tapi tak best sebab kadang-kadang nak dengar lagu atau tengok youtube background music ni mengganggu.

2. Background Blog

Gambar background terlampau penuh sampai taktau beza mana tulisan mana gambar. Lepas tu lambat loading. Lagi-lagi bila banyak bling-bling sana sini. Kalau kebetulan masa tu aku tak penyabar, aku close je terus.

3. Blogger yang tulis macam niew atau terlebih guna shortform

Seelok-eloknya gunalah ejaan yang betul & ayat yang penuh. Aku sejuk hati je baca blogger yang guna ejaan betul, ayat penuh. Kalau aq jumpew ayt mcm nierr, memang aku geleng kepala. Confirm taknak datang lagi blog tu.

4. Kliklah sini, dermalah sikit tak rugi pun.

Tak gemar jugak blogger yang suruh klik iklan nuffnang. Biarlah pembaca nak klik ke tidak.

5. I follow u, u follow me back.

Cukup tak gemar kalau kat shoutbox asyik suruh follow back sebab dah follow blog aku. Aku tak kisah pun, nak follow, followlah. Taknak tak payah.

6. Blog Jual Muka (BJM)

Aku pernah baca komen pasal BJM ni & aku setuju sangat. Aku lupa kat mana. BJM ni ialah tunjuk muka macam-macam posing (perempuan la selalu) kat blog tu tanpa menyedari blog ni sangat open. Siapa-siapa boleh tengok. Kalau ada orang copy, edit semua susah. Memang ada fungsi no right click.. tapi print screen tak siapa boleh halang. Nak letak gambar sikit-sikit bolehlah. Bila penuh satu blog tu, macam tak berapa elok pulak.

7. Sidebar Shoutbox

Kalau time internet laju memang takde problem, tapi bila internet biasa-biasa je memang lama jugak nak tunggu shoutbox tu keluar. Kadang-kadang keluar & masuk cepat sangat sampai tak sempat nak shout. 

8. Post sesuatu tanpa SOURCE

Ini aku cukup tak suka antara semua. Kadang-kadang aku jumpa jugak blog-blog yang ada gambar best, informasi best tapi mana dapat, tak cakap. Bila aku google, jumpa. Kalau boleh, biasakan letak source mana dapat. Bagi kredit. Tengok macam blogserius, semua fakta, lawak ke serius ke semua ada kredit. Bila takde source, hilang kredibiliti sesuatu blog itu.

27 comment (s):

miezah said...

betul !
saya stju sngt ..
kbykkan blogger mcm ats nie ..

[Reply]
Santri T.P.I.N.I said...

wah...nice info, boleh ambik iktibar ni. terasa sikit2la...he3

[Reply]
Mohd Yusuf said...

Salam...selamat berkenalan...aku pun tak suka sgt blog yg ada lagu. Pasal sumber tu, aku tak letak pun sbb aku ambil gmbr kat google images... he3

pendapat aku, lebih baik ko buat pop up komen, nanti senang orang nak komen. Cadangan je...he3

[Reply]
Meck said...

@Santri T.P.I.N.I hehe minta maaf byk2..

[Reply]
Meck said...

@Mohd Yusuf ok dah tukar dah. hehe. thx! hari ada gak org ckp tapi aku ingat sama je. ni org kedua cakap aku tukar dah setting hehe

[Reply]
Meck said...

@miezah tula tp ikut suka sebanarnya..hehe

[Reply]
Aisyah Abdullah said...

erk...adakah saya seperti yg diperkatakan di atas?hehe.....

mintak komen ye tuan rumah...

[Reply]
Nadsy said...

nasib sa xda all of the above ! paling .. no. 1 and 3 .. lagi lah yang tulis sayunk korunk! what the.. hahaha

[Reply]
Yaya said...

sangat setuju! pernah jugak buat entri lebih krg mcm ni. tp pelik, masih ramai yg x faham2. entahlah. tu hak mereka, blog mereka. Tak suka, saye tutup cepat-cepat. Haha.

[Reply]
よしくに みやこ said...

Yes!!
suma criteria yg ader tuh mmg setuju sgt!
quite annoying to be honest...
but then taste masing2 kan
:D

[Reply]
i'm ezza haniza said...

bese lah tuu...mcm2 manusia ada..kita takleh nak puaskan hati semua org..

[Reply]
Meck said...

@i'm ezza haniza tak kata tak puas hati pun. ni ciri yang aku tak gemar..org lain pulak..ada ciri lain dorang tak gemar..masing-masing ada taste..

[Reply]
[sutera kasih] said...

kalo blog yg terlalu berat tu mmg awal2 dh out sbb sy jenis yg kdg2 tak penyabar huhu

skrg pun sy belajar dh dr kesilapan..kalo upload gmbr mesti letak sumber kecuali gmbr peribadi :)

[Reply]
wanluqman said...

tak kisah, akan cuba hayati anugerah kreativiti sedara-mara dgn tawaduk betapa besar Ia jadi x similar supaya boleh komen/nasihat/hentam dsb

[Reply]
Meck said...

@wanluqman hmm logik2..

[Reply]
Katie Jamaludin said...

i pun baru buat entry pasal ni.

[Reply]
SyazwanSarawak said...

wahh. memang direct dan telus pandangan meck. paling tak suka blog yang berat gila; banyak iklan, banyak widget dan banyak gambar HQ -..-


Entri Baru: Peraduan Advertorial MyNewsHub

[Reply]
HAKMI said...

mana source ko?...kahkahkah

[Reply]
EdaManAli said...

background music yg OK, xpe laavjgk...music yg serabut kpala otak tu mmg xbest...
lmbt load gmbar, kalo i-net laju & PC in high performance xde mslh kot...kalo post gmba dlm entry OK laa, menarik utk bace blog, tp kalo jenis yg tepek byk2 kt sidebar tu yg buatkn blog nmpk semak...

anyway...like this entry...

[Reply]
Meck said...

@HAKMI
original post buat ape le nak source..

[Reply]
Meck said...

@SyazwanSarawak pandangan je ni hehe

[Reply]
Meck said...

@EdaManAli setuju gak tu. kalau pc high-performance xde prob. hehe. haah gambar byk sgt kat sidebar pun kurang hgemar jugak. music tu pun ok tp jd x best bila ada 2,3 blog ada music..bila blogwalking tu la jd serabut..

[Reply]
~~kimz~~ said...

nice entry.. ty.. setiap orang ade pandangan masing2...sokong awak..

[Reply]
Azham Vosovic said...

Wah...informasi berguna ni.... saya suka!

[Reply]
nodin said...

yg x hensem cam aku ni,, x leh la nak guna blog BJM he he

[Reply]
ub3y said...

setuju tu bro. haha. tp ak gune gak shout tu. kadang2 terpikir gak nk buang

[Reply]
Meck said...

@ub3y

hehe, bkn bro lah. kalau blog tu tak berat ok je. selalu blog berat yang shout tu jadi lamabat nak keluar

[Reply]
>