Pages

23 June, 2011

Chambering tu apa?

short note: Papa R tak suruh guna 'chambering'..tapi ni je orang asyik sebut. 'Pupillage' & 'Read in Chamber" tak sedap (sukati aku je sedap tak sedap)

Dulu orang asyik tanya LLB tu apa? Sekarang dah habis LLB dah lain soalan, 

Q: Buat apa lepas ni? Lawyer ke? Aku baru kena pukul ni, ko jadi lawyer aku nak?
A: Eh mana boleh lagi, aku kena chambering dulu 9 bulan, baru jadi lawyer.
Q: Chambering tu apa?

*************

Selepas habis LLB, kalau nak practice iaitu menjadi lawyer yang sejati, kami perlu kerja dulu 9 bulan kat mana-mana firma guaman. Ala-ala praktikal la tapi yang bezanya, sepanjang 9 bulan tu kami kena buat petisyen yang merangkumi 9 jenis borang termasuklah sijil kelakuan baik. Bila petisyen ni diterima, barulah kami call to the bar & diiktiraf menjadi lawyer sejati.

Masa chambering, kami akan dipanggil pupil. Seorang pupil akan diajar oleh seorang master (kebiasaannya). Master pula mestilah seorang lawyer yang mempunyai pengalaman selama 7 tahun. Master ni lah yang ditugaskan untuk mengajar pupil selok belok dunia perundangan. Kalau dapat master yang bagus, baguslah pupilnya.


Lepas tu, masa chambering ni, pupil akan diberi elaun. Ada firm bayar mahal, ada murah. 

Walaubagaimanapun, bukan senang nak cari firm yang sesuai dengan jiwa dan raga. Berdasarkan pengalaman orang sekeliling di sana dan di sini, ada 4 faktor yang diambil kira sebelum kami (guna kami lagi sedap dari aku) berhasrat untuk chambering kat firm tu.

1. Minat

Mula-mula sekali kami kena tau kami nak jadi lawyer apa nanti. Selalunya bila dah habis LLB mesti dah tau minat kat mana. Jadi bila dah tau minat, skop nak cari firm tu dah kecil sikit. Ada firm yang fokus 1 benda (corporate atau convey je) dan ada firm buat semua benda (litigation,corporate, etc). Firm yang buat 1 benda je selalunya tak popular sebab nanti boring 9 bulan benda yang sama kecuali orang tu dah betul-betul minat. Bila pilih firm yang buat semua, ada sistem rotation. 9 bulan tu boleh tukar-tukar department. Lepas tu pilih mana yang suka.

2. Saiz firm

Saiz firm pun penting jugak. Teorinya senang je,

BIG FIRM - bayar mahal, resume cantik, banyak overtime, jadi tukang fotostat, tak banyak belajar sebab share master (nama pun big, banyaklah budak chambeing), exposure

MEDIUM FIRM - bayar ok tak murah tak mahal, kerja biasa takde overtime sangat, banyak belajar sebab tak share master, buat kerja lawyer tapi kadang-kadang kena pandai cari kerja sendiri, exposure

SMALL FIRM - bayar murah, kerja tak banyak, kurang exposure

Inilah teorinya, betul ke tidak kena rasa sendiri.

3. Bayaran

Bayaran ni bukanlah faktor penting sangat tapi semua bergantung dengan kos hidup. Kalau duduk dengan family, tak perlulah mahal-mahal. Kalau buat kat ibu kota, kenalah mahal kalau tak susah nak survive. Sekarang ni kalau buat kat KL & Lembah Klang, RM1000 memang dah dalam tanganlah. Maybe RM1200-RM1800. Kalau RM1800 tu dah kira banyakla tu. Ada jugak yang bagi RM2000++. Kalau buat kat negeri masing-masing, adalah dalam RM300-RM500.. maybe ada yang bagi lebih.

Kalau firm yang bayar mahal, perkara pertama dalam kepala ialah "mesti kena overtime, weekend pun kerja"..memang macam tu la selalunya. Jadi sebab tu la ada orang tak kisah, biar gaji tak mahal yang penting happy & tak stress.

4. Lokasi

Lokasi ni penting sebab nak menentukan nak tinggal kat mana & transportation. Kalau buat kat KL mestilah kena cari rumah sewa & transport takde masalah sebab ada KTM, STAR, LRT, etc. Kalau buat kat tempat lain mungkin perlu transport. Kalau buat kat kampung sendiri, tak payah rumah & pergi kerja ayah hantar. Kalau nak jimat kos hidup, biasanya pilih tempat yang dekat-dekat je.

Akhir sekali, masalah yang akan timbul ialah NAK PILIH FIRM MANA? Bila ada minat & saiz ok, bayaran pulak tak best. Bila bayaran & lokasi ok, takde minat pulak. Bila ada minat & bayaran ok, lokasi pulak tak sesuai. Bila lokasi,bayaran,minat ada, risau pulak firm kecil nanti tak banyak belajar.

Jadi kesimpulanya, inilah chambering. Dari mula sampai habis ada je benda kena fikir. 

Kepada kawan-kawan semua, semoga kita semua dapat firm yang best. Kalau tak happy ada 2 pilihan je.. cuba sedaya upaya jadi happy atau cari tempat yang boleh buat kita happy. haha. Tapi bila dah 4-5 kali tukar tapi tak happy jugak, bukan masalah firm la tu.

Ok. bye..

ps, lepas ni soalan "kahwin tu apa?" hahaha

13 comment (s):

tieykah said...

dulu tieykah minat jadi lawyer,dpat tawaran asasi law dekat uitm.tapi mak plak dah tak bagi.:(

sob2

[Reply]
Anonymous said...

kahwin???? cpt sgt 2 meck. soal kerja dl. xpon tips2 mncari psgn ala2 ustazah nor baayah. hahaha

[Reply]
Lady Aween said...

wau meck!!!best!

[Reply]
Meck said...

tieykah: dpt asasi best tu! xpelah maybe rezeki kat tpt lain hehe

anony: soalan mcm tu org tak tanya kita. tanya ustazah terus haha

[Reply]
otakue17 said...

ohh baru taw . heheh tengs for info :)

[Reply]
Meck said...

anis: haha apa yg best! u ada blog ke?

diyan: welcome!

[Reply]
scya lollita said...

x bpluang la ak nk mrase sbb degree ak x apply law eventho i was law foundation .

[Reply]
Marcella said...

wow..ms kecik2 pernah juga pikir nak jd lawyer..bl makin besar,minat pun berubah..=)

[Reply]
NEPH said...

cam induksi kew?

[Reply]
Meck said...

scya: oooo takpe kalau minat sambung je hehe

marcella: masa kecik taknak pun jd lawyer..tp takdir dh kat situ hahah

[Reply]
Meck said...

skema: bknlah.. haha

[Reply]
Rock-bottom said...

i kurang bersetuju...

[Reply]
Meck said...

hehe yg mana tu?

[Reply]
>