12 September, 2010

misteri pembunuhan datuk sosilawati

musykil.

masa baca berita pagi tadi memang terus percaya itu mayat mereka. sebab takkan la kebetulan 4 mayat kan. tapi lepas baca-baca lagi berita online & blog-blog..rasa macam ada yang tak kena..

sebelum bagitau kemusykilan di hati ini. ni nak bagitau kat reporter. tulis report biarla terang-terang. bukan sebab nak bagi laris paper je. haish.

contohnya: [link]

Polis sahkan Sosilawati, tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar

tapi..tetttt...

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

ni nak cakap.. kalau tak confirm lagi.. tak payah la buat headline mcm tu.. duhhhhh.

lepas tu macam-macam pulak versi. kejap mayat akan dibedah siasat. kejap buang abu kat pantai. kejap buang abu kat sungai. kalau dah jadi abu.. ada lagi ke mayat untuk dibedah siasat? tapi takpe la. isu remeh. mungkin yang dimaksudkan dengan mayat ialah sisa-sisa tulang. sebab journalist ni cakap [link twitter] penjahat tu tak habis bakar.

"Just passed the place where they threw the ashes. Saw something marked with numbers,believed 2 be pieces of bones.Tak bakar abes"

oh journalist ni adalah salah seorang yang ditugaskan untuk kes ni. berkhemah di luar tempat kejadian. journalist BERNAMA kalau tak silap (kawan bagitau) . nak confirmkan tapi bila google jumpa blog saja [link].

tapi betul la kot sebab twitter dia cakap macam ni..

"Other reporters said, they can't go back if Bernama stays. Jgn marah ye Kosmo and others. Chill chill.. Ba ba chak!"

ok ni ada beberapa info yang best pasal datuk tu yang diperolehi (gitu!) dari twitter dia.. (kredit tu Farhana Roslan sebab bagi add twitter ni)
  • "The neighbours insisted that he is a charity-type of person. Never in their wildest thought that the guy would do such a thing"
  • "Found the real address. The neighbours said the suspect is a nice guy, helping people a lot. Well, that doesn't prove anything"
  • "Based on the address given to me, the suspected Datuk who is a lawyer is an Indian. Still searching for his office."
kalau nak tau lagi info, gambar (ada 1) tengokla sendiri twitter tu. tiada keraguan di situ.

ok ini ada beberapa kemusykilan lepas baca berita, blog & perbincangan dengan kelurga & rakan-rakan..

1. suspek yang bawa polis ke tempat kejadian. suspek juga mengaku memukul mereka sehingga mati dan membakar mayat mereka [link]

musykil di sini:

- motif suspek tu bunuh 4 org tu sebab taknak ada saksi. ye la kan. kalau tak kenapa tak bunuh seorang je? tapi boleh pulak suspek tu nak bawak polis ke tempat kejadian. lepas tu senang-senang nak mengaku pulak. herm.. buat apa penat-penat nak hilangkan kesan (pukul, bakar, buang abu ke sungai) tapi akhirnya mengaku je..

adakah kerana??

- mengaku untuk pihak orang lain memandangkan kes ini melibatkan orang kenamaan.
- ok kalau memang betul suspek tu yang bunuh maybe..
  • polis dah jumpa cara terbaik untuk interrogate orang sampai mengaku ( kalau dah ada cara ni dari dulu lagi mesti pembunuh altantuya & nurin boleh ditangkap)
  • mitigating factor (so hukuman diringankan)
- tapi musykil la.. kes-kes lain bukan main lagi susah nak tangkap. tapi kes kejam macam ni.. suspek beri kerjasama yang mantap pulak. adakah kerna bulan mulia jadi memberi keinsafan?? herm. musykil di sini.

2. berita mula-mula dulu cakap.. Datuk S bawak rm 4 juta.

musykil di sini:

- sebagai businesswoman yang berpengalaman & diiringi oleh pegawai bank, peguam.. adalah tidak logik untuk membawa cash berjumlah 4juta ringgit untuk urusan beli tanah. beli rumah yang 400 ribu pun pakai cek. ni lagi. ke berita ni cuma nak bagitau ada motif pembunuhan?? mungkin la.. tapi siapa nak verify kewujudan rm4 juta tu?? kalau jumpa kat datuk tu.. boleh la jadi bukti.. kalau tak? buang masa saja taip benda ni..

3. abu dibuang ke sungai. tapi sisa tulang ada lagi (kalau takde sisa apa yang forensik bawa balik)

musykil di sini:

kalau saya la kat tempat pembunuh tu. confirm clear tempat tu. sebab,

- mayat kena bakar kat 1 tempat. bukan bom. so mustahil la tulang akan bersepah ke sana sini. so lepas bakar tu, mesti make sure abu tu dah sejuk kan. kalau tak macam mana nak angkat. so bila dah tunggu sejuk tu..time angkat tu..mesti akan nampak tulang sekali kan, kalau tak habis bakar. motif buang abu je tinggalkan tulang? ke sebab dah malam tak nampak? pembunuh yang hebat akan ada lampu suluh & check lagi pada siang hari supaya tak nampak apa-apa kesan (tapi tak tau la suspek ni.. siap boleh bawak polis pulak ke tempat tu). musykil la. kenapa dia tak clearkan tempat tu. alang-alang menyeluk pekasam.

ni je la yang musykil setakat ni. betul-betul berharap tu bukan mayat mereka & sebenarnya mereka masih hidup. selagi forensik tak sahkan tu mayat dorang.. selagi tu belum terbukti. tapi kalau memang itu mereka, takziah untuk keluarga mangsa.

ps, saya budak mentah. kalau salah tolong tunjukkan.

---- update ----

wow Mazidul Akmal Sidik mempunyai kemusyilan yang sama [link]

4 comment (s):

bluecollar said...

altantuya part II? relative saye ckp ada kene mengena ngan Pak Musa Hassan turun dari jawatan Ketua Polis. just a rumor je la.

kalo betul la kes ni mmg melibatkan 'orang atasan'...previous cases yg seumpama kes ni mmg akan membuktikan sesuatu yg tak pasti~

gitu...

[Reply]
meck said...

wow. mcm mana boleh kna mengena dengan pak musa??

yup. agree with the 2nd part. haha

[Reply]
Teh Tarik Drinker said...

tragic story that has happened. actually wrote on a similar topic.

tehtarikmemoirs.com

[Reply]
kelhome said...

betul tu. aku pun ada duk follow twitter budak tu.. dan memang ada timbul keraguan pd tahap tinggi.

ehem2, tak hairan jika "perkara sama" berulang

[Reply]
>