05 August, 2011

Fakta Penyokong Bola Sepak Malaysia

Suka gaduh.

Main liga Malaysia pun gaduh sesama mereka sampai bakar kerusi, mercun, pintu pagar roboh.

Main untuk AFF Suzuki, Kelayakan Piala Dunia gaduh dengan Indonesia, Singapura kat facebook etc..dengan peminat Taipei je tak gaduh sebab depa tak cakap melayu.

Marah Hidayah Shahril sebab..


Lepas tu buat page suruh dia minta maaf tapi dalam page tu hang kutuk dia sama. Sama je la 2x5. Entahlah. Aku rasa kutuk-mengutuk ni perkara biasa dalam bola sepak, kalau tengok facebook/twitter rakyat biasa yang bukan isteri/bff kapten, lagi teruk ayatnya.

Menang dipuja, kalah dicerca.

Lepas menang Sukan Sea & AFF Suzuki buat facebook page suruh bagi anugerah Datuk kat Rajagopal.

Bila kalah Kelayakan Piala Dunia, buat facebook page suruh Rajagopal resign.

Racist?
Football + Racism = X
Football + Politic = X

Boo Yossi Benayoun sebab dia orang Israel (memang tak semua tapi kat dunia luar sana nampak semua). Kita marah orang islam didikriminasi, tapi kita pun buat perkara yang sama.. apa yang kita dapat? Kalau betul nak marah, jangan makan McDonald.

0 comment (s):

>