17 June, 2011

Jerudong Park, Brunei

Jerudong Park ialah satu-satunya taman tema di Brunei (cukuplah satu pun). Masa mula-mula buka tahun 1994, masuk percuma. Masa tu wa cakap lu, memang teruk la jam (jem/kesesakan lalu lintas), lagi-lagi masa weekend. Bas dari Sabah, Miri, Kuching semua datang. Aku ingat lagi, masa tu aku marah betul dengan bas sebab dorang selalu ambil parking space kereta. Susah kot nak cari parking.

Tau tak berapa kos Jerudong park ni? $1 billion, ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Brunei. Tak lama lepas tu, taktaulah kenapa, kena bayar kalau nak masuk. Masa tu lah tak ramai orang nak datang dah. Maybe sebab dah puas main masa free hari tu, termasuklah family aku. Sebenarnya di lubuk hati, memang sedihlah. Sekarang tinggal 10% je, tapi aku tak pernah pergi tengok pun. Kecewa. Padahal aku tak main sangat pun, masa tu penakut (sekarang pun haha).

Masa zaman kegemilangan Jerudong Park ni, Whitney Houston & Michael Jackson datang buat persembahan kat situ. Fulamak kan! Tapi apakan daya.. apa yang tinggal cuma gambar, video & kenangan. tsk tsk tsk. Sekarang ni ada lagilah orang datang situ, main saki baki apa yang ada, & ada juga yang datang jalan-jalan, joging, berkelah etc.






Aku google gambar pun, beberapa kerat je yang ada. Al-maklumlah masa tu kan guna Kodak. Adalah gambar aku masa kecik-kecik tapi tak kuasa aku nak scan. Lagipun kalau tengok bagaikan letak garam kat ulser. Sedih. Bawah ni pulak video Whitney Houston & MJ, tengoklah kalau nak. Fuh. Tak sangka dorang datang Brunei. Aku pun tak ingat. (Ooo aku tau kenapa aku tak ingat, sebab masa ni aku duduk kat Sarawak lagi)







Akhir sekali, lihatlah persembahan dancing fountain ni. Ini je la yang tinggal & beberapa lagi aku taktau apa. Tapi dulu lagi hebatlah, ada lampu laser yang boleh buat muka tu semua. Hmph..




Ok. Itulah cerita Jerudong Park. Selamat tinggal.

kredit: google,wiki

4 comment (s):

blog-tips-kurus said...

bestnye!! Genting H pon tak habis explore lagi ni.. isk!

[Reply]
Nava.K said...

Miss this place last time although I did visit the 6 star hotel at Brunei with its beautiful man made laguna.

[Reply]
Meck said...

Empire Hotel! i love that place

[Reply]
Meck said...

kurus: tp ni tinggal 10% je.dah x best

[Reply]
>