Pages

Showing posts with label only in malaysia. Show all posts
Showing posts with label only in malaysia. Show all posts

04 March, 2012

Kenapa kita mesti STOP LYNAS? (Infografik - senang faham)





02 October, 2011

English KBSM Form 2 (Abortion)

Hahaha takde karangan lain ke boleh pakai? Siot betul!

kredit: milosuam

23 September, 2011

Undilah (Video Namewee)

Dorang kata video ni dah kena ban hehehe pasai apa?
Syok je ni. Ada Wardina, Afdlin Shauki, Aizat, Nurul Izzah, Jehan, Ku Li dan lain-lain yang syok.
Walaupun dah kena ban, terima kasih Youtube.



13 September, 2011

Sejarah Bukit Kepong (Edisi Meck)

Sekarang semua nak kalut pasal Bukit Kepong. Baca paper mesti ada edisi khas Bukit Kepong. Masing-masing nak convince rakyat dengan "sejarah" Bukit Kepong mereka. Semua tu aku tak baca sebab aku tak naklah. Akhirnya, hari ni aku terbuka hati untuk buka satu artikel ni dan lepas baca, aku rasa betul (sebab aku rasa penulis ni buat research). Bagi akulah, bagi korang tak tau lah. Boleh baca sendiri di sini.

Pendapat aku pulak, masa tu 1950 kita dijajah British. Oleh itu, polis ketika itu pun dibawah arahan dan penguasaan pihak British. Jadi yang mempertahankan balai polis tu ialah orang suruhan British yang mempertahankan British, bukan wira ataupun berjuang untuk negara (tidak dinafikan mereka juga manusia biasa yang tiada pilihan lain, terbunuh ketika bertugas termasuk kehilangan beberapa orang ahli keluarga. Isu Bukit Kepong ni dibangkitkan bukan untuk menghina polis atau tidak menghormati ahli keluarga mereka, tapi cuma untuk membuka satu kisah yang kita terima bulat-bulat semasa belajar sejarah dulu).

Andai kata, Mat Indera yang mengetuai serangan tu penjahat.. macam mana pula dengan Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Lela (Menentang penjajah Inggeris di Pahang 1891-1895), Dol Said (Perang Naning 1831), Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin, Bujang Suntong (Rosli Dhobi menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart,1949) dan Rentap (Penentang Brooke 1853). Semua ni berlaku sebelum 1957!

Jadi bagi aku, semua perjuangan sebelum Tanah Melayu merdeka (Sabah Sarawak belum lagi) adalah satu perjuangan yang tulen. Lagi satu, sebelum 1957 bagi aku lagi, semua balai polis, hospital, klinik, pejabat pos, semua ni di bawah British.

Ok. Tiba-tiba patriotik kan, Suksis pun tak lepas. Haha. Bye.

07 September, 2011

Kisah Kekejaman Petknode Terhadap Kucing.

#Tahukah anda Malaysia antara negara yang kejam dengan haiwan.. anjing ditembak di sana-sini walaupun anjing itu milik orang.. banyak kes dera anjing, bunuh kucing yang tersebar di youtube baru-baru ini.. dan banyak lagi.. (Sila ke sini untuk lihat artikel-artikel di bawah)


Kali ini, ikutilah kisah kekejaman oleh Petknode.

Petknode merupakan tempat jagaan kucing yang diselenggarakan oleh 2 orang jahat iaitu Shahrul dah Yushairi (Klik sini untuk lihat gambar mereka dalam "lokap")

Kucing-kucing dihantar ke sana sempena dengan cuti raya yang lama.

Mereka berdua jahat kerana membiarkan kucing-kucing yang dihantar oleh tuan kucing kelaparan selama seminggu tanpa air dan makanan.

Ia telah menyebabkan 16 ekor kucing yang comel lagi tidak bersalah mati begitu saja termasuklah mak kucing dan anak kucing ini (taknak letak gambar kat blog ni. sedih.)

Nasib baik ada jiran sekeliling yang peka dengan bunyi kucing mengingau. Mereka ini masuk ke dalam premis itu dan mendapati kucing-kucing itu dalam keadaan yang teruk di dalam sangkar di atas najis mereka sendiri. Selepas itu ada hati pula pemilik Petknode ni nak saman sebab pecah masuk. Muka besi betul. Tak cukup lagi ke duit-duit yang diberi oleh pemilik kucing yang telah disalahgunakan.

Disebabkan oleh perkara ini, para menteri berkata mereka akan menggubal akta mengenai kekejaman terhadap haiwan (10 tahun akan datang baru dilaksanakan kot....)

Siasatan belum dijalankan atas kesalahan menipu (Penal Code) kerana polis kata siasatan sedang dijalankan oleh DVS (Selangor Department of Veterinary Service). Jadi tunggu je lah.. harap-harap siatan telus tanpa sebarang penangguhan yang buang masa. [via]

2 orang jahat sudah pun meminta maaf. Boleh baca kat sini. Kekangan modal kata mereka berdua yang kejam ini.. bayaran dikenakan beratus jugak.. makanan kucing 1 tin RM 2.. air paip ada.. pasir kucing belilah guni yang besar tu.. kalau takde modal.. kenapa buka tempat macam ni.. ambil kucing banyak pulak tu..

Inilah jadi kalau duit banyak sangat. Lupa objektif sebenar. Kecil-kecil dulu cita-cita nak jadi ahli politik kot.

Lagi maklumat lanjut dan update terkini boleh ke page Facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan dan 100,000 people for Petknode's punishment.

Akhir sekali, lupakan kisah Bukit Kepong.. ini lagi penting.. sign petisyen ini.. SHAKE-UP NEEDED IN MALAYSIA TO END ANIMAL ABUSE.


>