13 September, 2011

Sejarah Bukit Kepong (Edisi Meck)

Sekarang semua nak kalut pasal Bukit Kepong. Baca paper mesti ada edisi khas Bukit Kepong. Masing-masing nak convince rakyat dengan "sejarah" Bukit Kepong mereka. Semua tu aku tak baca sebab aku tak naklah. Akhirnya, hari ni aku terbuka hati untuk buka satu artikel ni dan lepas baca, aku rasa betul (sebab aku rasa penulis ni buat research). Bagi akulah, bagi korang tak tau lah. Boleh baca sendiri di sini.

Pendapat aku pulak, masa tu 1950 kita dijajah British. Oleh itu, polis ketika itu pun dibawah arahan dan penguasaan pihak British. Jadi yang mempertahankan balai polis tu ialah orang suruhan British yang mempertahankan British, bukan wira ataupun berjuang untuk negara (tidak dinafikan mereka juga manusia biasa yang tiada pilihan lain, terbunuh ketika bertugas termasuk kehilangan beberapa orang ahli keluarga. Isu Bukit Kepong ni dibangkitkan bukan untuk menghina polis atau tidak menghormati ahli keluarga mereka, tapi cuma untuk membuka satu kisah yang kita terima bulat-bulat semasa belajar sejarah dulu).

Andai kata, Mat Indera yang mengetuai serangan tu penjahat.. macam mana pula dengan Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Lela (Menentang penjajah Inggeris di Pahang 1891-1895), Dol Said (Perang Naning 1831), Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin, Bujang Suntong (Rosli Dhobi menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart,1949) dan Rentap (Penentang Brooke 1853). Semua ni berlaku sebelum 1957!

Jadi bagi aku, semua perjuangan sebelum Tanah Melayu merdeka (Sabah Sarawak belum lagi) adalah satu perjuangan yang tulen. Lagi satu, sebelum 1957 bagi aku lagi, semua balai polis, hospital, klinik, pejabat pos, semua ni di bawah British.

Ok. Tiba-tiba patriotik kan, Suksis pun tak lepas. Haha. Bye.

4 comment (s):

Amirul Amin said...

lawak betol kita tak pernah dijajah british..hahaha

[Reply]
Meck said...

@Amirul Amin haha tu la pasal

[Reply]
Encik Fikri said...

tu la masalah skarang, kita terlalu "stick" pada buku teks..
kita x sedar yang sejarah yang ditulis dalam buku teks tu, adalah sejarah yang limited, berdasarkan "source" yang limited pada zaman tu.. zaman makin berubah, sejarah pon makin ditambahbaik berdasarkan "source2" terbaru yang baru kita jumpa.. simple math kot..

http://hawauyu.blogspot.com/2011/08/politik-sejarah-diubahsuai-atau-memang.html

[Reply]
Meck said...

betul tp mereka x nak org terima sejarah baru

[Reply]
>