15 August, 2011

Masa depan lagi.

"Tak habis-habis cakap pasal masa depan, kerja je lah. Tak payah fikir lagi" kata imaginary friend aku yang tak wujud.

Don't Go To University For The Sake Of It.

Aku taknak kerja pasal law. Tak minat (seribu kali dah aku cakap). Aku tengok ramai je orang yang berjaya dalam bukan bidang dorang. Kebetulan, sehari dua fikir pasal masa depan ni, Kennysia buat entri pasal ni "Don't Go To University For The Sake Of It". Dia belajar engineer tapi buka gym. Dalam entri tu dia kata kat Malaysia je (tak "je" la, banyak negara lain macam ni. Aku saja tambah "je") after SPM terus masuk U. Kalau tak, dah kira loser. Yeah aku setuju. Masa tu 17 tahun, tak tau hala tuju, nak jadi apa pun taktau sebab tak tengok dunia luar pun. Sepatutnya lepas SPM pergi travel (gitu), kenal orang sana sini, tengok pengalaman dorang, lepas tu baru sambung pilih nak study apa.


So macam mana?

Sekarang ni baru tau hala tuju, malangnya bukan untuk bidang yang aku dah study 5 tahun setengah. Aku minat web designer atau apa-apa pasal komputer. Terfikir nak sambung study lepas tu kerja kat Google ke haha (Mustahil. Aku try cakap dengan family aku, reaksi? Macam aku cakap aku nak jadi model haha. Takpe, aku faham). Tapi aku taklah serius mana pun.. macam mustahil je. Lagipun umur sekarang ni patut ada duit sendiri, tak mintak duit parents dah (Ye ke) Bestnya hidup kalau kerja benda yang kita suka. Law? Aku  tak minat langsung tapi tak menyesal pun belajar. Law ni macam general knowledge yang semua orang patut tau.

Lepas tu, sambung study banyak nak guna duit, sekarang aku nak cari duit bukan guna duit hahaha (Jadi apa kau nak ni sebenarnya?)

Apa yang tak best ambil Law ni? (Dulu aku study je, tak fikir pun benda ni)

Tempat kerja limited. Nak practice kat semenanjung kena ada lesen, chambering 9 bulan. Sarawak? Chambering setahun. Sabah lain pulak. Luar negara apatah lagi. Kalau tak practice, lain ceritalah.. tapi masih jugak tak boleh kerja mana-mana (ke boleh?) kecuali jadi diplomat.. tu pun tak semua kena hantar ke luar negara.

Kalau aku jadi web designer (Ahahaha).. mana-mana boleh kerja. Html Code/Java untuk satu dunia sama je. Lepas tu aku berinteraksi dengan komputer je, buat eksperimen semua. Dahlah aku pendiam (Hehe). Jadi lawyer kena jumpa orang, lepas tu tak boleh eksperimen (Gile kau nak eksperimen).

Hahaha. Mungkin sebab aku tak start chambering lagi, jadi aku tak nampak lagi law tu macam mana sebenarnya (Rasanya LLB hari tu dah cover semua hahaha)

Dah tua untuk sambung study?

Agaklah. Memang tua pun tapi tak jugak.. kalau aku sambung study pun, masa habis tu umur aku baru 22 (tipu ye..). Kalau betullah aku serius sambung, masa tu kawan-kawan semua dah tukar kereta, aku jugak tak beli-beli kereta lagi (Perlu ke risau pasal kemajuan kawan-kawan? Tak kot. Tapi biasalah, dari zaman sekolah sampai U, memang prestasi kawan-kawan jadi benchmark, lumrah alam).

Kesimpulan,

Takda apa pun aku dapat lepas taip entri ni.. terpaksa jugak chambering.. jadi lawyer (blergh....). Macam ni lah.. 

ps, aku nak kumpul duit, nak travel ketika umur masih muda ni, tapi tak kerja lagi macam mana (kalau kerja, nak fikir ambil cuti lagi). Ikut hati, sekarang jugak nak Amsterdam (random) sebab aku tengah cuti haha

0 comment (s):

>