Pages

14 September, 2010

misteri pembunuhan datuk sosilawati IV (end)

nampaknya sampai di sini sajala 'keobsesan' terhadap kes DS. penat je musykil-musykil tapi.. tak terungkai pun. semuanya tak clear. hari ni musykil lagi.

1. pasal disembelih tu hasil siasatan daripada suspek? baguslah suspek tu. bagi kerjasama yang mantap. kalau macam ni, tak lama lagi bolehlah tutup kes kan. jangan jadi altantuya II pulak.

2. pasal jutawan India tu.. [link]

Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu.

Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan.

Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting.

Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang.

Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya.

Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu.

(selepas perbincangan dengan ana) kenapa polis bila dapat aduan yang sama terhadap datuk lawyer ni, tak pergi banting.. tengok rumah sewa tu.. tengok rekod bar council etc etc. kenapa takde perkembangan macam berkembangnya kes DS ni. dulu boleh je tangkap datuk tu & siasat. kot-kot la dia mengaku macam sekarang ni. bila kes DS zap zap je pengakuan, jumpa itu jumpa ini etc. boleh pulak nak mengaku kes besar cam ni. apa ni? hmm. kalau orang lain mesti takde perkembangan jugak kot.

apa-apa pun. tak perlu la nak tunggu result DNA. memang dah sah dah. pengakuan suspek, tempat di banting, jam etc. hmm. all the best Ismail Omar. takziah kepada keluarga mangsa. semoga kes ni berakhir macam kes Mona Fendi ie. ke tali gantung.

lepas tu, janganla jadi kan isu ni isu perkauman. tak perlu la nak kaitkan dengan kaum India, NGO India, Hindraf etc. tak semua macam tu. semua rakyat tak mengira mangsa nak keadilan termasuk jugak jutawan India yang hilang disebabkan sebab yang sama. apa yang penting sekarang, penyiasatan dijalankan dengan adil tanpa mengira orang tu orang kenamaan/kaya/berpengaruh ataupun orang biasa. ceh. ntahlah. indah khabar dari rupa.

ok. selamat hari raya.

0 comment (s):

>