#Tahukah anda Malaysia antara negara yang kejam dengan haiwan.. anjing ditembak di sana-sini walaupun anjing itu milik orang.. banyak kes dera anjing, bunuh kucing yang tersebar di youtube baru-baru ini.. dan banyak lagi.. (Sila ke sini untuk lihat artikel-artikel di bawah)
Kali ini, ikutilah kisah kekejaman oleh Petknode.
Petknode merupakan tempat jagaan kucing yang diselenggarakan oleh 2 orang jahat iaitu Shahrul dah Yushairi (Klik sini untuk lihat gambar mereka dalam "lokap")
Kucing-kucing dihantar ke sana sempena dengan cuti raya yang lama.
Mereka berdua jahat kerana membiarkan kucing-kucing yang dihantar oleh tuan kucing kelaparan selama seminggu tanpa air dan makanan.
Ia telah menyebabkan 16 ekor kucing yang comel lagi tidak bersalah mati begitu saja termasuklah mak kucing dan anak kucing ini (taknak letak gambar kat blog ni. sedih.)
Nasib baik ada jiran sekeliling yang peka dengan bunyi kucing mengingau. Mereka ini masuk ke dalam premis itu dan mendapati kucing-kucing itu dalam keadaan yang teruk di dalam sangkar di atas najis mereka sendiri. Selepas itu ada hati pula pemilik Petknode ni nak saman sebab pecah masuk. Muka besi betul. Tak cukup lagi ke duit-duit yang diberi oleh pemilik kucing yang telah disalahgunakan.
Disebabkan oleh perkara ini, para menteri berkata mereka akan menggubal akta mengenai kekejaman terhadap haiwan (10 tahun akan datang baru dilaksanakan kot....)
Siasatan belum dijalankan atas kesalahan menipu (Penal Code) kerana polis kata siasatan sedang dijalankan oleh DVS (Selangor Department of Veterinary Service). Jadi tunggu je lah.. harap-harap siatan telus tanpa sebarang penangguhan yang buang masa. [via]
2 orang jahat sudah pun meminta maaf. Boleh baca kat sini. Kekangan modal kata mereka berdua yang kejam ini.. bayaran dikenakan beratus jugak.. makanan kucing 1 tin RM 2.. air paip ada.. pasir kucing belilah guni yang besar tu.. kalau takde modal.. kenapa buka tempat macam ni.. ambil kucing banyak pulak tu..
Inilah jadi kalau duit banyak sangat. Lupa objektif sebenar. Kecil-kecil dulu cita-cita nak jadi ahli politik kot.
Lagi maklumat lanjut dan update terkini boleh ke page Facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan dan 100,000 people for Petknode's punishment.
Akhir sekali, lupakan kisah Bukit Kepong.. ini lagi penting.. sign petisyen ini.. SHAKE-UP NEEDED IN MALAYSIA TO END ANIMAL ABUSE.
0 comment (s):
Post a Comment