Pages

Showing posts with label only in malaysia. Show all posts
Showing posts with label only in malaysia. Show all posts

04 March, 2012

Kenapa kita mesti STOP LYNAS? (Infografik - senang faham)





02 October, 2011

English KBSM Form 2 (Abortion)

Hahaha takde karangan lain ke boleh pakai? Siot betul!

kredit: milosuam

23 September, 2011

Undilah (Video Namewee)

Dorang kata video ni dah kena ban hehehe pasai apa?
Syok je ni. Ada Wardina, Afdlin Shauki, Aizat, Nurul Izzah, Jehan, Ku Li dan lain-lain yang syok.
Walaupun dah kena ban, terima kasih Youtube.



13 September, 2011

Sejarah Bukit Kepong (Edisi Meck)

Sekarang semua nak kalut pasal Bukit Kepong. Baca paper mesti ada edisi khas Bukit Kepong. Masing-masing nak convince rakyat dengan "sejarah" Bukit Kepong mereka. Semua tu aku tak baca sebab aku tak naklah. Akhirnya, hari ni aku terbuka hati untuk buka satu artikel ni dan lepas baca, aku rasa betul (sebab aku rasa penulis ni buat research). Bagi akulah, bagi korang tak tau lah. Boleh baca sendiri di sini.

Pendapat aku pulak, masa tu 1950 kita dijajah British. Oleh itu, polis ketika itu pun dibawah arahan dan penguasaan pihak British. Jadi yang mempertahankan balai polis tu ialah orang suruhan British yang mempertahankan British, bukan wira ataupun berjuang untuk negara (tidak dinafikan mereka juga manusia biasa yang tiada pilihan lain, terbunuh ketika bertugas termasuk kehilangan beberapa orang ahli keluarga. Isu Bukit Kepong ni dibangkitkan bukan untuk menghina polis atau tidak menghormati ahli keluarga mereka, tapi cuma untuk membuka satu kisah yang kita terima bulat-bulat semasa belajar sejarah dulu).

Andai kata, Mat Indera yang mengetuai serangan tu penjahat.. macam mana pula dengan Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Lela (Menentang penjajah Inggeris di Pahang 1891-1895), Dol Said (Perang Naning 1831), Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin, Bujang Suntong (Rosli Dhobi menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart,1949) dan Rentap (Penentang Brooke 1853). Semua ni berlaku sebelum 1957!

Jadi bagi aku, semua perjuangan sebelum Tanah Melayu merdeka (Sabah Sarawak belum lagi) adalah satu perjuangan yang tulen. Lagi satu, sebelum 1957 bagi aku lagi, semua balai polis, hospital, klinik, pejabat pos, semua ni di bawah British.

Ok. Tiba-tiba patriotik kan, Suksis pun tak lepas. Haha. Bye.

07 September, 2011

Kisah Kekejaman Petknode Terhadap Kucing.

#Tahukah anda Malaysia antara negara yang kejam dengan haiwan.. anjing ditembak di sana-sini walaupun anjing itu milik orang.. banyak kes dera anjing, bunuh kucing yang tersebar di youtube baru-baru ini.. dan banyak lagi.. (Sila ke sini untuk lihat artikel-artikel di bawah)


Kali ini, ikutilah kisah kekejaman oleh Petknode.

Petknode merupakan tempat jagaan kucing yang diselenggarakan oleh 2 orang jahat iaitu Shahrul dah Yushairi (Klik sini untuk lihat gambar mereka dalam "lokap")

Kucing-kucing dihantar ke sana sempena dengan cuti raya yang lama.

Mereka berdua jahat kerana membiarkan kucing-kucing yang dihantar oleh tuan kucing kelaparan selama seminggu tanpa air dan makanan.

Ia telah menyebabkan 16 ekor kucing yang comel lagi tidak bersalah mati begitu saja termasuklah mak kucing dan anak kucing ini (taknak letak gambar kat blog ni. sedih.)

Nasib baik ada jiran sekeliling yang peka dengan bunyi kucing mengingau. Mereka ini masuk ke dalam premis itu dan mendapati kucing-kucing itu dalam keadaan yang teruk di dalam sangkar di atas najis mereka sendiri. Selepas itu ada hati pula pemilik Petknode ni nak saman sebab pecah masuk. Muka besi betul. Tak cukup lagi ke duit-duit yang diberi oleh pemilik kucing yang telah disalahgunakan.

Disebabkan oleh perkara ini, para menteri berkata mereka akan menggubal akta mengenai kekejaman terhadap haiwan (10 tahun akan datang baru dilaksanakan kot....)

Siasatan belum dijalankan atas kesalahan menipu (Penal Code) kerana polis kata siasatan sedang dijalankan oleh DVS (Selangor Department of Veterinary Service). Jadi tunggu je lah.. harap-harap siatan telus tanpa sebarang penangguhan yang buang masa. [via]

2 orang jahat sudah pun meminta maaf. Boleh baca kat sini. Kekangan modal kata mereka berdua yang kejam ini.. bayaran dikenakan beratus jugak.. makanan kucing 1 tin RM 2.. air paip ada.. pasir kucing belilah guni yang besar tu.. kalau takde modal.. kenapa buka tempat macam ni.. ambil kucing banyak pulak tu..

Inilah jadi kalau duit banyak sangat. Lupa objektif sebenar. Kecil-kecil dulu cita-cita nak jadi ahli politik kot.

Lagi maklumat lanjut dan update terkini boleh ke page Facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan dan 100,000 people for Petknode's punishment.

Akhir sekali, lupakan kisah Bukit Kepong.. ini lagi penting.. sign petisyen ini.. SHAKE-UP NEEDED IN MALAYSIA TO END ANIMAL ABUSE.


23 August, 2011

Rokok vs Mercun

PERSAMAAN

  • Kedua-duanya memerlukan api untuk berfungsi.
  • Kedua-duanya membakar duit.
  • Kedua-duanya boleh menyebabkan rumah atau hutan terbakar.
  • Rokok naik harga, orang beli lagi, perokok di sana sini. Mercun diharamkan, orang main lagi, jari putus sana sini.

PERBEZAAN

  • Rokok bagi pelbagai jenis penyakit tapi semua abaikan sebab syok sendiri. Mercun paling-paling kita selalu dengar pun putus jari tapi putus jari pun ada kebaikan jugak, bila besar susah nak merokok (takkan nak suruh orang pegangkan kot..). Jadi bila susah nak merokok, taklah jadi perokok, lalu duit pun boleh disimpan untuk beli bom atom terus. Tak main la nak susah-susah buat mercun sendiri.
  • Perokok terdiri daripada remaja & orang dewasa yang berakal, pemain mercun pula kanak-kanak yang kurang berakal.
  • Duit habis beli rokok hari-hari (lagi-lagi time tengah stress.. ye tak?). Duit habis beli mercun setahun sekali je, lainlah kalau orang tu kacukan melayu cina.
  • Akhir sekali, kanak-kanak main mercun, kesihatan ibubapa tak terjejas (darah tinggi mungkin). Ibu atau bapa yang merokok, kesihatan anak ke laut (kalau sihat, syukurlah).

KESIMPULAN

  • Main mercun lebih baik dari merokok.
  • Perokok tak boleh marah budak-budak main mercun.

05 August, 2011

Kontroversi Iklan Ramadhan 2011

*tengok & bandingkan*

Ini iklan Ramadhan 8TV yang dah ditarik balik. Aku rasa loser gila iklan ni.. hampeh.. cara penyampaian tak kena..memang patut pun menimbulkan kontroversi..


Fakta Penyokong Bola Sepak Malaysia

Suka gaduh.

Main liga Malaysia pun gaduh sesama mereka sampai bakar kerusi, mercun, pintu pagar roboh.

Main untuk AFF Suzuki, Kelayakan Piala Dunia gaduh dengan Indonesia, Singapura kat facebook etc..dengan peminat Taipei je tak gaduh sebab depa tak cakap melayu.

Marah Hidayah Shahril sebab..


Lepas tu buat page suruh dia minta maaf tapi dalam page tu hang kutuk dia sama. Sama je la 2x5. Entahlah. Aku rasa kutuk-mengutuk ni perkara biasa dalam bola sepak, kalau tengok facebook/twitter rakyat biasa yang bukan isteri/bff kapten, lagi teruk ayatnya.

Menang dipuja, kalah dicerca.

Lepas menang Sukan Sea & AFF Suzuki buat facebook page suruh bagi anugerah Datuk kat Rajagopal.

Bila kalah Kelayakan Piala Dunia, buat facebook page suruh Rajagopal resign.

Racist?
Football + Racism = X
Football + Politic = X

Boo Yossi Benayoun sebab dia orang Israel (memang tak semua tapi kat dunia luar sana nampak semua). Kita marah orang islam didikriminasi, tapi kita pun buat perkara yang sama.. apa yang kita dapat? Kalau betul nak marah, jangan makan McDonald.

17 June, 2011

Kesan Filesharing kena block

  1. Semua remaja lepak kat luar je & duit cepat habis lalu menyumbang kepada ekonomi negara.
  2. Unifi, Streamyx rugi sebab mana ada orang nak internet laju sebab nak tengok facebook & baca online Metro.
  3. Filem KRU rugi.
  4. Rakyat dikaburkan dengan isu negara yang lain yang seratus ganda lagi penting sebab semua sibuk fikir cara macam mana nak unblock & protes.
  5. Semua orang takut website masing-masing kena hack padahal Anonymous taktau kewujudan website tu.
  6. Kantoi website kerajaan tak kuat sebab senang kena hack.
  7. Semua remaja tak kira kaum bersatu padu.
  8. Lepas ni  ada budget pulak untuk kos maintainance & upgrading.
  9. Cetak rompak semakin berleluasa.
  10. Kesihatan & alam sekitar bertambah baik dengan kurangnya penggunaan internet.

16 June, 2011

Anonymous - Operation Malaysia (Video) + Komen

Pagi ini sangat WOW! Macam dalam movie, aku heroin la macam biasa. haha. Aku buka facebook dan selain video kucing, kawan aku post link pasal video HACKERS Malaysia ni. Fulamak! Cool Siot! Tak sabar nak tunggu tindakan selanjutnya. Tu la, jangan main-main. Siapa tak tengok lagi, ni la video yang hebat tu (aku duduk kat Brunei, tak terganggu pun, tapi aku kagum dengan usaha dorang ni. haha. ok).




Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right.

The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear.

Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own.

In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country.

We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

06 June, 2011

Adinda Evans

UPDATE: dia tak delete blog lagi. delete post je. ini dia. lagi best dia lawan balik. wuish epic betul budak ni
UPDATE II: dia dah delete blog. lepas tu dengar kata dia nak berubah. tengoklah ni. haha. all the best!


isu hangat minggu lepas. baru nak komen hehe.

Adinda Evans adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mengaku sudah tidak mempunyai dara. Paris Hilton pun takde buat announcement tau (ke ada?). masalahnya bukan pasal dia takde dara.. tapi pasal dia bagitau satu dunia. sebab kalau pasal takde dara tu sendiri mau tau la macam mana akhlak remaja dewasa ini. cewah.

dia dah delete blog dia. tapi pada siapa tak sempat baca, ni la kata-kata dia (sebagai pengajaran ye adik-adik)

"ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ? lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh .. jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita adeMARUAH DIRI ! thankyou :)"

tq blogcaripasal sebab sempat copy.

komen aku, dia ni tak matang lagi & tengah bengang dengan orang yang asyik panggil dia bohsia. bila bengang dia dah sampai otak, terkeluarlah ayat-ayat macam ni. apa dia tulis mungkin dia sendiri pun kurang faham. budak-budak macam ni, punishment yang sesuai ialah reformative. haha. hentam macam mana pun rasanya dia tak ambil port sebab buat sakit hati dia je. kan adinda. boo. harap-harap dia sedar la apa dia buat. kalau dah sedar pun, nasi dah jadi bubur sebab,

  1. walaupun dia dah delete blog tu, google je nama dia mesti keluar jugak apa dia cakap tu.
  2. hari tu sempat tengok blog dia, gambar besar gila, gambar bf semua ada. malu weh wa cakap lu. kalau ya pun nak announce, kenalah ada strategi.
  3. gambar semua dah tersebar luas, nanti macam mana bila bos tengok resume, dia kenal hang. kan dah kacau periuk nasi. macam mana nak cari rezeki?
  4. lupa, before kerja masuk U dulu. ha nanti kat U macam mana? confirm la takde kawan, kena pulau semua atau lagi teruk dari itu. bila takde kawan macam mana nak buat group assignment? takde orang nak group dengan hang. kan dah kacau pointer. ish ish ish.

tu la adik-adik, fikir dulu sebelum buat. ni namanya bila marah menguasai diri, sendiri yang binasa. jadi janganlah marah-marah. lepas tu, kalau tulis dalam diary takpe jugak, ni online. aduh. akak pun tak dapat nak tolong la dik.

ok. all the best la. fokus PMR tahun depan.

14 September, 2010

misteri pembunuhan datuk sosilawati IV (end)

nampaknya sampai di sini sajala 'keobsesan' terhadap kes DS. penat je musykil-musykil tapi.. tak terungkai pun. semuanya tak clear. hari ni musykil lagi.

1. pasal disembelih tu hasil siasatan daripada suspek? baguslah suspek tu. bagi kerjasama yang mantap. kalau macam ni, tak lama lagi bolehlah tutup kes kan. jangan jadi altantuya II pulak.

2. pasal jutawan India tu.. [link]

Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu.

Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan.

Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting.

Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang.

Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya.

Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu.

(selepas perbincangan dengan ana) kenapa polis bila dapat aduan yang sama terhadap datuk lawyer ni, tak pergi banting.. tengok rumah sewa tu.. tengok rekod bar council etc etc. kenapa takde perkembangan macam berkembangnya kes DS ni. dulu boleh je tangkap datuk tu & siasat. kot-kot la dia mengaku macam sekarang ni. bila kes DS zap zap je pengakuan, jumpa itu jumpa ini etc. boleh pulak nak mengaku kes besar cam ni. apa ni? hmm. kalau orang lain mesti takde perkembangan jugak kot.

apa-apa pun. tak perlu la nak tunggu result DNA. memang dah sah dah. pengakuan suspek, tempat di banting, jam etc. hmm. all the best Ismail Omar. takziah kepada keluarga mangsa. semoga kes ni berakhir macam kes Mona Fendi ie. ke tali gantung.

lepas tu, janganla jadi kan isu ni isu perkauman. tak perlu la nak kaitkan dengan kaum India, NGO India, Hindraf etc. tak semua macam tu. semua rakyat tak mengira mangsa nak keadilan termasuk jugak jutawan India yang hilang disebabkan sebab yang sama. apa yang penting sekarang, penyiasatan dijalankan dengan adil tanpa mengira orang tu orang kenamaan/kaya/berpengaruh ataupun orang biasa. ceh. ntahlah. indah khabar dari rupa.

ok. selamat hari raya.

13 September, 2010

misteri pembunuhan datuk sosilawati III

isu pengakuan suspek.

suspek yang terlibat termasuklah 6 pekerja ladang kelapa sawit tu [link]

kan musykil kenapa dorang ni cepat sangat mengaku..

so ni adalah sebab-sebabnya (mungkin)

- pekerja ni baru-baru belaka. tak biasa buat jahat. jadi bila kena gertak dengan polis, terus mengaku. logik kan di sini.

- mereka diarahkan untuk pukul & bakar. dorang ikut je arahan bos. tapi bila dengan polis, takut lagi dengan hukuman-hukuman etc, jadi bila kena suruh mengaku, mengaku je la..

-lingkungan umur suspek 19-41 tahun [link] ..jadi ada yang muda lagi kan.. budak-budak kan takut..jadi mengaku je la..

tapi masih ada kemusykilan..

1. siapa yang mengaku sebenarnya? suspek utama @ suspek pekerja ni?
2. siapa yang bawa ke tempat kejadian? suspek utama ke? takkan pekerja ni tiba-tiba nak bawa polis ke sana?suspek utama yang hebat tu takkan la senang-senang nak tunjuk lokasi?herm. (am i missing something..)

musykil lagi. jadi isu pengakuan ni tak settle lagi.

----- update 19.12 -----

oh rupanya..suspek utama yang tunjuk lokasi. sebab DS ke Banting nak jumpa dia. sebab tu la polis tau & membawa ke penemuan lokasi.

---- end ----

ps, nak tengok gambar datuk tu kat sini [link] -kredit tu ana

oh ini pun menarik..

Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes bunuh dan bakar mangsa berkenaan. [link]

jadi betul la tu? tak payah tunggu forensik sah kan.. hmm.. takkan kebetulan jam tu ada kat suspek.. tapi bukti ni lagi menunjukkan suspek tu kurang berpengetahuan. kalau ye pun nak pakai jam tu..tunggu la siasatan settle dulu.. aduh.. ke gimik je ni?

12 September, 2010

misteri pembunuhan datuk sosilawati II

sedikit kemusykilan terungkai..

pasal tulang tu.. memang penjahat tu dah buang dalam sungai. sbb polis jumpa sisa-sisa tulang tu daripada sungai tu... [link]

BONES FRAGMENTS FOUND: Forensic personnel inspecting the bones fragments found from Sungai Panchau near Banting that could prove to be the bones of the four murdered victims.

maybe penjahat tu tak buang tulang yang ada di tempat kejadian sebab dia ingat takde orang jumpa. kalau jumpa pun mesti dorang tak terfikir tu tulang manusia kan sebab kat ladang tu ada ternakan ayam,kambing and lembu.

so settle la isu tulang..

misteri pembunuhan datuk sosilawati

musykil.

masa baca berita pagi tadi memang terus percaya itu mayat mereka. sebab takkan la kebetulan 4 mayat kan. tapi lepas baca-baca lagi berita online & blog-blog..rasa macam ada yang tak kena..

sebelum bagitau kemusykilan di hati ini. ni nak bagitau kat reporter. tulis report biarla terang-terang. bukan sebab nak bagi laris paper je. haish.

contohnya: [link]

Polis sahkan Sosilawati, tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar

tapi..tetttt...

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

ni nak cakap.. kalau tak confirm lagi.. tak payah la buat headline mcm tu.. duhhhhh.

lepas tu macam-macam pulak versi. kejap mayat akan dibedah siasat. kejap buang abu kat pantai. kejap buang abu kat sungai. kalau dah jadi abu.. ada lagi ke mayat untuk dibedah siasat? tapi takpe la. isu remeh. mungkin yang dimaksudkan dengan mayat ialah sisa-sisa tulang. sebab journalist ni cakap [link twitter] penjahat tu tak habis bakar.

"Just passed the place where they threw the ashes. Saw something marked with numbers,believed 2 be pieces of bones.Tak bakar abes"

oh journalist ni adalah salah seorang yang ditugaskan untuk kes ni. berkhemah di luar tempat kejadian. journalist BERNAMA kalau tak silap (kawan bagitau) . nak confirmkan tapi bila google jumpa blog saja [link].

tapi betul la kot sebab twitter dia cakap macam ni..

"Other reporters said, they can't go back if Bernama stays. Jgn marah ye Kosmo and others. Chill chill.. Ba ba chak!"

ok ni ada beberapa info yang best pasal datuk tu yang diperolehi (gitu!) dari twitter dia.. (kredit tu Farhana Roslan sebab bagi add twitter ni)
  • "The neighbours insisted that he is a charity-type of person. Never in their wildest thought that the guy would do such a thing"
  • "Found the real address. The neighbours said the suspect is a nice guy, helping people a lot. Well, that doesn't prove anything"
  • "Based on the address given to me, the suspected Datuk who is a lawyer is an Indian. Still searching for his office."
kalau nak tau lagi info, gambar (ada 1) tengokla sendiri twitter tu. tiada keraguan di situ.

ok ini ada beberapa kemusykilan lepas baca berita, blog & perbincangan dengan kelurga & rakan-rakan..

1. suspek yang bawa polis ke tempat kejadian. suspek juga mengaku memukul mereka sehingga mati dan membakar mayat mereka [link]

musykil di sini:

- motif suspek tu bunuh 4 org tu sebab taknak ada saksi. ye la kan. kalau tak kenapa tak bunuh seorang je? tapi boleh pulak suspek tu nak bawak polis ke tempat kejadian. lepas tu senang-senang nak mengaku pulak. herm.. buat apa penat-penat nak hilangkan kesan (pukul, bakar, buang abu ke sungai) tapi akhirnya mengaku je..

adakah kerana??

- mengaku untuk pihak orang lain memandangkan kes ini melibatkan orang kenamaan.
- ok kalau memang betul suspek tu yang bunuh maybe..
  • polis dah jumpa cara terbaik untuk interrogate orang sampai mengaku ( kalau dah ada cara ni dari dulu lagi mesti pembunuh altantuya & nurin boleh ditangkap)
  • mitigating factor (so hukuman diringankan)
- tapi musykil la.. kes-kes lain bukan main lagi susah nak tangkap. tapi kes kejam macam ni.. suspek beri kerjasama yang mantap pulak. adakah kerna bulan mulia jadi memberi keinsafan?? herm. musykil di sini.

2. berita mula-mula dulu cakap.. Datuk S bawak rm 4 juta.

musykil di sini:

- sebagai businesswoman yang berpengalaman & diiringi oleh pegawai bank, peguam.. adalah tidak logik untuk membawa cash berjumlah 4juta ringgit untuk urusan beli tanah. beli rumah yang 400 ribu pun pakai cek. ni lagi. ke berita ni cuma nak bagitau ada motif pembunuhan?? mungkin la.. tapi siapa nak verify kewujudan rm4 juta tu?? kalau jumpa kat datuk tu.. boleh la jadi bukti.. kalau tak? buang masa saja taip benda ni..

3. abu dibuang ke sungai. tapi sisa tulang ada lagi (kalau takde sisa apa yang forensik bawa balik)

musykil di sini:

kalau saya la kat tempat pembunuh tu. confirm clear tempat tu. sebab,

- mayat kena bakar kat 1 tempat. bukan bom. so mustahil la tulang akan bersepah ke sana sini. so lepas bakar tu, mesti make sure abu tu dah sejuk kan. kalau tak macam mana nak angkat. so bila dah tunggu sejuk tu..time angkat tu..mesti akan nampak tulang sekali kan, kalau tak habis bakar. motif buang abu je tinggalkan tulang? ke sebab dah malam tak nampak? pembunuh yang hebat akan ada lampu suluh & check lagi pada siang hari supaya tak nampak apa-apa kesan (tapi tak tau la suspek ni.. siap boleh bawak polis pulak ke tempat tu). musykil la. kenapa dia tak clearkan tempat tu. alang-alang menyeluk pekasam.

ni je la yang musykil setakat ni. betul-betul berharap tu bukan mayat mereka & sebenarnya mereka masih hidup. selagi forensik tak sahkan tu mayat dorang.. selagi tu belum terbukti. tapi kalau memang itu mereka, takziah untuk keluarga mangsa.

ps, saya budak mentah. kalau salah tolong tunjukkan.

---- update ----

wow Mazidul Akmal Sidik mempunyai kemusyilan yang sama [link]

24 July, 2010

Isu logo Manchester United & Crocs

Benda kecil pun nak diperbesarkan..padahal takde apa-apa pun.. dulu heboh logo crocs ada kalimah Allah..dan kita semua disuruh boikot..


Sekarang tak boleh pakai jersi Manchester united pulak..sebab ada gambar "devil".



Boikot la sekali kereta ALFA ROMEO..



Oh paling penting jangan suruh masyarakat islam pergi negara-negara ni..sebab bendera dorang pun ada salib..

Australia, Denmark, Dominican Republic, England, Fiji, Finland, Georgia, Greece, Iceland, Jamaica, Malta, Moldova, Montenegro, New Zealand, Portugal, San Marino, Scotland, Serbia, Slovakia, Spain, Sweden, Switzerland ,Tonga, Tuvalu, United Kingdom, Vatican City..

eh tak boleh..nanti tak pasal-pasal pelancong asing tak datang negara kita.. sebab bendera kita ada bulan bintang..

Isu macam ni la buat kita ni sama macam mereka. mereka kata semua muslim pengganas..kita pula kata mereka tu musuh kita. buka hati luaskan fikiran. sekarang zaman globalisasi..semua perkara dah banyak berubah. kalau nak maju kena buka minda..selaraskan fikiran dengan pengedaran masa.

Orang cipta selipar Crocs sebab nak bagi kita selesa, ringan & senang nak pakai kalau ke pantai.. dan paling penting..ramai juga yang pakai Crocs masa menunaikan haji dan umrah sebab senang bila ambil wudhuk..selipar tak basah.

Orang pakai jersi Manchester United sebab sokong..bukan nak mempromosikan syaitan..kalau macam tu..boikot sekali Chelsea..sebab ada pemain Israel dalam tu (Yossi Benayoun)..

Perancis haramkan purdah kita melenting..kali ni mesti Alex Ferguson melenting..

Dah bosan dengan isu-isu macam ni.. kata macam-macam..tapi takde bukti.. mungkin semua tu kebetulan je..kalau ada bukti kukuh..tunjuk. kalau takde..diam..tak payah nak bagi dunia huru-hara..dah cukuplah dengan perang yang dah ada sekarang..isu Israel Palestin pun tak selesai lagi, ni nak tambah lagi gas dalam api..

Jangan jadi stereotype& judgmental. Bukan semua orang Kristian bencikan Islam. Bukan semua orang Israel bencikan Palestin (tengok video di bawah) bukan semua orang Islam bencikan mereka.



Hanya ada 2 jenis orang di dunia ni.. orang baik dan orang jahat. Jadi buka dada tanya selera. Mulakan dengan "aku ni orang baik ke orang jahat?" lepas tu baru la boleh jaga tepi kain orang..

Ps, ini pandangan daripada sudut hati budak yang masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan.


>