Pages

23 August, 2011

Rokok vs Mercun

PERSAMAAN

  • Kedua-duanya memerlukan api untuk berfungsi.
  • Kedua-duanya membakar duit.
  • Kedua-duanya boleh menyebabkan rumah atau hutan terbakar.
  • Rokok naik harga, orang beli lagi, perokok di sana sini. Mercun diharamkan, orang main lagi, jari putus sana sini.

PERBEZAAN

  • Rokok bagi pelbagai jenis penyakit tapi semua abaikan sebab syok sendiri. Mercun paling-paling kita selalu dengar pun putus jari tapi putus jari pun ada kebaikan jugak, bila besar susah nak merokok (takkan nak suruh orang pegangkan kot..). Jadi bila susah nak merokok, taklah jadi perokok, lalu duit pun boleh disimpan untuk beli bom atom terus. Tak main la nak susah-susah buat mercun sendiri.
  • Perokok terdiri daripada remaja & orang dewasa yang berakal, pemain mercun pula kanak-kanak yang kurang berakal.
  • Duit habis beli rokok hari-hari (lagi-lagi time tengah stress.. ye tak?). Duit habis beli mercun setahun sekali je, lainlah kalau orang tu kacukan melayu cina.
  • Akhir sekali, kanak-kanak main mercun, kesihatan ibubapa tak terjejas (darah tinggi mungkin). Ibu atau bapa yang merokok, kesihatan anak ke laut (kalau sihat, syukurlah).

KESIMPULAN

  • Main mercun lebih baik dari merokok.
  • Perokok tak boleh marah budak-budak main mercun.

7 comment (s):

Siti Nadzirah Zakariah said...

dari kecik mama x bagi main mercun. sbb bising. mama selalu ngamuk kat budak2 yg main mercun kat area rumah, huhu. cm best je main mercun :)

[Reply]
Meck said...

mercun jual je best. buat sendiri tak best, buat putus jari je hehe

[Reply]
Ihsan Khairir said...

haha, kesimpulan yang menarik :)

Katakan 'Tak Nak!' kepada rokok! dan mercun...

[Reply]
kaizen said...

setuju glerrrr!!!! hahaha

[Reply]
Meck said...

haha katakan taknak pada rokok. mercun boleh!

[Reply]
biela bell said...

setuju!!!!! lagi setuju tak buat 2-2 benda nie.haha

[Reply]
sollehahn.com said...

haha...kesimpulan tu yang aku suka

[Reply]
>