Aha! Seorang blogger dari Indonesia post mengenai perkara ini.
Tajuk: 10 Fakta Kebodohan Rakyat Malaysia
Apa pendapat anda? Ini pendapat orang lain yang aku baca (lebih kurang gini la.. aku tambah perisa sikit)
Start la tu nak buat provokasi.. pukoi kang!
Tak kenang budi! Bila bencana kitorang tolong, jangan tolong dorang lagi lepas ni!
Cis.. datang Malaysia jadi penjenayah.. tak sedar diri!
Hek eleh! Over betui hangpa ni. Apa yang provokasinya? Tajuk dia memang over sikit tapi isi ok je. Dia bagi pendapat pasal negara Malaysia.. takkan asyik nak harap.. "Malaysia cantik ya negaranya..", "Iya berbilang kaum juga orangnya tapi hidup harmoni".. ini dapat feedback negatif sikit kata provokasi.
Kedua, apa lah yang diungkit sangat pasal tolong-menolong ni. Pertama sekali, korang ada tolong ke masa keluar kat utusan "Dermalah untuk gempa bumi di Acheh", ada derma?
Ketiga, yo! Penjenayah Malaysia berlambak je. Indon je nak kaitkan dengan penjenayah. Turun naik mahkamah tu warganegara Malaysia je aku tengok.. selalunya perompak Indon dah ditembak mati (entah betul entah tidak dorang tu merompak.. tak sempat siasat pun.. setakat jumpa parang kata menyamun)
Aku bukanlah kacukan Indon pun, apatah lagi nak minat Taufik Hidayat tapi tak payahlah nak keluarkan kenyataan begitu. Bangunan megah negara kita ni, siapa siapkan? Orang gaji yang tolong jaga makan minum orang kita siapa? Dorang jugak. Anak dara Malaysia tau lari ke Lombok je.. cuba jadi orang gaji tengok macam mana. Dorang pun cari rezeki, ada la jugak cari pasal sikit.. kita pun sama. Nak kata gaduh, sesama kita pun gaduh.
Jadi, tak hairan pun post blogger ni. Ambillah sebagai peringatan, bukan semua yang kita nampak cantik belaka.
1 comment (s):
membaca seluruh blog, cukup bagus
Post a Comment